28 April 2012

'Candy Buffet' - Manisan Untuk Permulaan Hidup Yang Manis

Candy Buffet semakin digemari oleh bakal pengantin masakini. Kami di RR turut menerima permintaan untuk menyediakan perkhidmatan tersebut. Kali ini kami ingin berkongsi hasil kerja kami untuk majlis pernikahan Elsa & Fariz.

Terima kasih kepada Nan's Cupcakes yang bekerjasama dengan kami untuk menyediakan pelbagai manisan. Untuk bakal pengantin yang berminat, boleh emelkan pertanyaan anda kepada kami.


25 April 2012

Carnation Dua Tona

Ada yang menggemari bunga yang mempunyai dua tona. Carnation ungu-putih ini menyerlahkan karakter dan perincian dulang perak. Ringkas dan lembut, sesuai sebagai hantaran daripada pihak pengantin lelaki.


24 April 2012

Kilauan Bunga Telur Kristal

Bunga telur bertangkai ini semakin digemari. Kali ini RR ingin berkongsi bunga telur kristal dengan warna tema perak keemasan. Saiznya sederhana serta mudah dipegang, tanda terima kasih dari tuan rumah buat tetamu.


16 April 2012

Bantal Hantaran: Merah Jambu Fuchsia

Bantal hantaran sebagai pengganti alas pahar, semakin digemari. Apatah lagi warna dipilih mengikut tema majlis. Dilengkapi kepingan perak dan juraian kristal, memberi tarikan tersendiri kepada bantal hantaran ini. Kami menerima tempahan baharu mahupun untuk sewaan.


10 April 2012

Hantaran: Romantis Ungu dan Merah Jambu

Warna ungu seringkali menarik perhatian, apatah lagi apabila diselang-selikan dengan warna merah jambu. Sekaligus menampilkan personaliti yang lembut.


9 April 2012

Hantaran: Merah Kuning Tautan Kasih

Sebilangan bakal pengantin memilih untuk kekal dengan warna-warna lembut dan pastel. Untuk koleksi ini, warna marak merah dan kuning menjadi pilihan.


1 April 2012

Pameran Pengantin Malaysia 2012

Temui kami di booth 57 Pameran Pengantin Malaysia 2012 pada 6-8 April ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dari pukul 10 pagi hingga 9 malam yang dianjurkan oleh Urban Vibe Event. Dapatkan pakej perkahwinan pada harga diskaun istimewa sepanjang acara ini berlangsung. Jumpa di sana!